Wednesday, March 30, 2011

(Fire Safety) Stop, Drop, Roll with Impy & Misty

Friday, February 25, 2011

MAKNA BACAAN DALAM SOLAT


Sedikit perkongsian mengenai terjemahan ayat-ayat bacaan wajib ketika menunaikan solat fardhu, dan juga doa Qunut yg dibacakan semasa mengerjakan solat Subuh...


Takbiratulihram 
Allah Maha Besar


Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yg mencipta langit dan bumi,
Dengan suasana lurus dan berserah diri
dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
Hidupku,
Matiku
Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagi-Nya dan kepadaku diperintahkan
untuk tidak menyekutukan bagi-Nya
dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai Hari Pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah
dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yg Engkau kurniakan nikmat kepada mereka,
bukan jalan mereka yang Engkau murkai
dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika ruku3
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Mulia
dan dengan segala puji-pujian-Nya.

Bacaan ketika bangun dari ruku3 dan bacaan ketika i3tidal

Allah mendengar pujian orang yang memuji-Nya. 
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi
dan dengan segala puji-pujian-Nya.



Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku,
dan rahmatilah daku,
dan kayakan daku,
dan angkatlah darjatku,
dan rezekikan daku,
dan berilah daku hidayah,
dan sihatkanlah daku,
dan maafkanlah akan daku.




Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi
dan rahmat Allah serta keberkatann-Nya.
Sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir


Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi
dan rahmat Allah serta keberkatan-Nya
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Muhammad
dan ke atas keluarga Muhammad
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim
dan ke atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad
sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim
dan ke atas keluarga Ibrahim
di dalam alam ini
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung

Beri salam kanan dan kiri

Sejahtera ke atas kamu dan rahmat Allah


Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk
sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku
sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku
sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku
apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan
yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan
tiada siapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu
selain daripada Engkau
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinan-Mu
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami
dan Maha Tinggi Engkau
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji
terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi
dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.




"Wahai Tuhan, ku tak layak ke Syurga-Mu...
namun tak pula aku sanggup ke Neraka-Mu…
kami lah hamba yang mengharap belas dari-Mu..."

ya Allah, jadikanlah kami hamba2-Mu yang bertaqwa…
ampunkanlah dosa2 kami, dosa2 kedua ibubapa kami...
dan juga dosa semua umat2 Islam yang masih hidup
mahupun yang telah meninggal dunia"




Notakaki: Semoga dengan memahami makna di sebalik bacaan-bacaan dalam solat, ianya akan dapat membantu menimbulkan rasa khusyuk dalam solat yg kita tunaikan.

Monday, February 21, 2011

bacaan dalam solat fardhu serta terjemahannya

Doa-Doa Dalam Sembahyang (Solat)

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ


Salah satu cara untuk membolehkan seseorang Muslim itu mendirikan sembahyang (solat) dalam keadaan khusyuk (lupa dunia, ingat Allah) ialah dengan memahami setiap kalimah/ayat yang dibaca ketika melakukan solat itu. Oleh itu Pelajaran yang akan dibentang kali ini adalah khusus untuk mempelajari pengertian lafadz-lafadz yang selalu dibaca (secara umum) didalam solat selepas Takbiratul Ihram hingga tahyat akhir sebelum Salam.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah memerintahkan orang-orang yang beriman agar mengerjakan solat seperti beliau solat, sebagaimana sabdanya:

صَلُّوْا كَمَارَ أَيْتُمُونِيْ أُصَلِّيْ
"Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat". [H/R Bukhari, Muslim dan Ahmad.]

Adapun doa-doa didalam solat yang akan dibentangkan disini adalah berdasarkan hadis-hadis yang sahih sahaja.

TAKBIRATUL IHRAM تكبيرة الاحرام )
Menyebut AllahuAkbar ( الله اكبر ) itu dinamakan Takbir dan Takbir dipermulaan solat itu dinamakan Takbiratul Ihram.

Rasululullah (SAW) apabila berdiri untuk solat beliau terus berkata: "Allahu Akbar" dan beliau tidak berkata apa-apa sebelumnya (tidak melafadzkan Niat dengan lidah). Setakat ini penulis tidak ada maklumat tentang adanya ajaran Rasulullah atau Hadith Sahih yang menyebut Rasulullah (SAW) atau para sahabat, tabi'in dan Imam yang empat pernah melakukannya (melafadzkan Niat dengan lidah) semasa mereka hendak mendirikan solat.


DOA ISTIFTAH (IFTITAH)

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam tidak pernah meninggalkan doa iftitah walaupun semasa mengerjakan solat sunnah. Ia menjadi kesempurnaan solat sebagaimana terdapat dalam sabda beliau:
لاَ تَتِمُّ صَلاَةٌ لاَحَدٍ مِنَ النَّاسِ حَتَّى يُكَبِّرَ وَيَحْمَدَ اللًّه جَلَّ وَعَـزَّ وَيُثْنِيْ عَلَيْهِ، وَيَقْرَأَ بِمَا تَيَسَّرَ مِنَ الْقُرْآن
"Tidak sempurna solat seseorang sebelum ia bertakbir, memuji Allah 'Azza wa-Jalla, menyanjungnya dan membaca ayat-ayat al-Quran yang dihafalnya". [H/R Abu Daud dan Hakim, disahihkan oleh Hakim dan disetujui oleh Zahabi.]

Doa Iftitah yang lazim dibaca selepas Takbiratul Ihram adalah seperti berikut:-
وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ
حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا اَنَاْ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
لاَ شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ اُمِرْتُ وَاَنَاْ اَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ
[H/R Muslim dan Abu Daud]

Doa ini adalah bersumberkan Al-Quran [Surah Al-An'aam (6) : Ayat 79 dan Ayat 162-163]


Seterusnya sila hafalkan makna lafadz-lafadz berikut yang terkandung dalam doa tersebut:-
aku menghadapkan = وَجَّهْتُ

wajahku; diriku = وَجْهِيَ

kepada (Tuhan) yang = لِلَّذِي

telah mencipta Ia = فَطَرَ

langit = السَّمَاوَاتِ

bumi = اْلأَرْضَ

cenderung (tetap diatas dasar Tauhid); ikhlas; pasrah = حَنِيْفًا

(keadaan) berserah diri (sepenuhnya kepada Allah) = مُسْلِمًا

orang-orang yang musyrik (mempersekutukan Allah) = الْمُشْرِكِيْنَ

solatku = صَلاَتِيْ

ibadahku = نُسُكِيْ

hidupku = مَحْيَايَ

matiku = مَمَاتِي

semesta 'alam = الْعَالَمِيْنَ

tidak ada sekutu = لاَ شَرِيكَ

dan demikian itulah = وَبِذَلِكَ

aku diperintahkan = أُمِرْتُ

orang-orang yang menyerah diri (Muslim) = الْمُسْلِمِيْنَ


Setelah berjaya mengingati pengertian kalimah-kalimah diatas, sila terjemahkan dengan perlahan sehingga mahir, kemudian memperbaiki terjemahan dengan kata-kata tambahan yang terdapat dalam Bandingan Terjemahan dibawah ini.

BANDINGAN TERJEMAHAN DOA IFTITAH (diatas)

“Aku menghadapkan diriku kepada (Tuhan) yang telah mencipta Ia (akan) langit dan bumi dengan penuh keikhlasan (kepasrahan), (dalam keadaan) berserah diri (sepenuh hati kepada Allah) dan tiadalah aku daripada (termasuk) orang-orang yang mempersekutukan Allah. Bahawasanya, solatku, ibadatku, hidupku dan matiku (semata-mata) bagi Allah, Tuhan yang memelihara alam semesta, tidak ada sekutu bagiNya. Dan demikian itulah aku diperintahkan dan aku termasuk orang yang pertama-tama (menjadi) orang2 yang menyerah diri (Muslim)." [H/R Muslim dan Abu Daud].

Sila ambil perhatian sebenarnya ada bahagian kedua kepada hadits tersebut (dan elok dibaca jika telah berjaya menghafal dan faham akan maksudnya) seperti berikut:-
اَللَّهُمَّ أَنْتَ الْمَلِكَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ. أَنْتَ رَبِّيْ وَأَنَاعَبْدُكَ
ظَلَمْتُ نَفْسِيْ وَاعْتَرَفْتُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْلِيْ ذُنُوْبِيْ
جَمِيْعًا إِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ. وَاهْدِنِيْ لِأَحْسَنِ اْلأَخْلاَقِ
لاَ يَهْدِيْ لِأَحْسَنِهَا إِلاَّ أَنْتَ، وَاصْرِفْ عَنِّيْ سَيِّئَهَا
لاَيَصْرِفُ عَنِّيْ سَيِّئَهَا إِلاَّ أَنْتَ. لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ، وَالْخَيْرُ كُلُّهُ
بِيَدَيْكَ، وَالشَّرُّ لَيْسَ إِلَيْكَ. أَنَا بِكَ وَإِلَيْكَ، تَبَاركْتَ وَتَعَالَيْتَ
أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
"Ya Allah, Engkau adalah Raja, tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Engkau. Engkau Tuhanku dan aku adalah hambaMu. Aku menganiaya diriku dan aku mengakui dosaku (yang telah ku lakukan). Oleh karena itu ampunilah segala dosa-dosaku. Sesungguhnya tidak akan ada yang mengampuni dosa-dosa melainkan Engkau. Dan tunjukkan aku pada akhlak yang terbaik, tidak ada yang akan menunjukkan sebaik-baik akhlak kepadaku melainkan Engkau. Hindarkan dariku akhlak yang jahat, tidak akan ada yang boleh menjauhkan aku daripadanya, melainkan Engkau. Aku penuhi panggilanMu dengan kegembiraan, dan aku mohon pertolonganMu, segala kebaikan ditanganMu, sedang segala keburukan tidak datang dariMu. Hanya yang terpimpin adalah orang yang Engkau beri petunjuk. Aku berada dalam kekuasaanMu dan kepadaMu (aku kembali). Engkau Yang Maha Mulia dan Maha Tinggi, aku mohon ampun kepadaMu dan aku bertaubat kepadaMu." [H/R Muslim dan Abu Daud]


Dalam pada itu kebanyakan Ahli Hadits memilih untuk membaca tasbih iftitah (sebelum membaca doa iftitah diatas) yang diriwayatkan dari Aishah (r.a.) seperti berikut:-
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، وَتَبَارَكَ اسْمُكَ، وَتَعَالَى جَدُّكَ، وَلاَ إِلَهَ غَيْرُكَ
"Maha Suci Engkau ya Allah, dan segala puji bagiMu, dan Maha Mulia (Berkat) nama-Mu, serta Maha Tinggi kekayaan dan kebesaranMu, dan (aku mengaku) tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau." [H/R. Empat penyusun kitab Sunan, juga Abu Daud, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah.]


DOA KETIKA RUKU’

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ
“Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung”
(Boleh dibaca 1 atau 3 hingga 10 kali). [HR. Penyusun kitab Sunan dan Imam Ahmad, juga At-Tirmidzi]

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ
“Maha Suci Engkau, ya Allah! ya Tuhan kami, dan segala pujian bagiMu. Ya Allah! Ampunilah dosaku.” [HR. Al-Bukhari dan Muslim]

سُبُّوْحٌ قُدُّوْسٌ، رَبُّ الْمَلاَئِكَةِ وَالرُّوْحِ
“Engkau, Tuhan Yang Maha Suci, Yang Maha Agung, Tuhan semua malaikat dan roh.” [HR. Muslim dan Abu Dawud]


DOA KETIKA BANGUN DARI RUKU’

سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ
“Semoga Allah mendengar pujian orang yang memujiNya.” [HR. Al-Bukhari dalam Fathul Baari]

رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ، حَمْدًا كَثِيْرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيْهِ
“Wahai Tuhan kami, dan bagiMu segala puji, aku memujiMu dengan pujian yang banyak, yang baik dan penuh dengan berkah padanya.” [HR. Al-Bukhari]

اَللَّهُمَّ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ مِلْءَ السَّمَوَاتِ وَمِلْءَالاَرْضِ وَمِلْءُ مَاشِئْتَ مِنْ شَيْءٍ بَعْدُ 
"Ya Allah! Ya Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian yang sepenuh langit, dan sepenuh bumi dan sepenuh apa yang Engkau kehendaki sesudah itu".


DOA KETIKA SUJUD

سُبْحَانَ رَبِّيَ اْلأَعْلَى
“Maha Suci Tuhanku, Yang Maha Tinggi (dari segala kekurangan dan hal yang tidak layak).
{Dibaca 1 atau 3 hingga 10 kali) [HR. Para penyusun kitab Sunan dan Imam Ahmad juga At-Tirmidzi]

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ
“Maha Suci Engkau. Ya Allah, Tuhan kami, dan aku memujiMu. Ya Allah, ampunilah dosaku.” [HR. Al-Bukhari dan Muslim]

سُبُّوْحٌ قُدُّوْسٌ رَبُّ الْمَلاَئِكَةِ وَالرُّوْحِ
“Engkau Tuhan Yang Maha Suci, Maha Agung, Tuhan para malaikat dan roh.” [HR. Muslim dan Abu Daud]


DOA KETIKA DUDUK ANTARA DUA SUJUD

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ رَبِّ اغْفِرْ لِيْ
“Ya Allah, ampunilah dosaku, ya Allah, ampunilah dosaku.” (HR. Abu Dawud dan Ibnu Majah)

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ وَارْحَمْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَاجْبُرْنِيْ وَعَافِنِيْ وَارْزُقْنِيْ وَارْفَعْنِي
“Ya Allah, ampunilah dosaku, berilah rahmat kepadaku, tunjukkanlah aku (ke jalan yang benar), cukupkanlah aku, jadikanlah aku sihat, berilah aku rezeki (yang halal) dan angkatlah derajatku.” [H/R Abu Awanah, Tirmizi, lbnu Majah dan Hakim]


TASYAHUD

Tasyahud yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud adalah lafadz tasyahud yang paling sahih dan disukai oleh para Ahli Hadits, iaitu:-
التَّحِيَّاتُ لِلَّهِ، وَالصَّلَوَاتُ وَالطَّيِّبَاتُ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكآتُهُ، السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
“Segala kehormatan hanya milik Allah, juga segala ibadat dan kebaikan. Semoga kesejahteraan dilimpahkan keatasmu, wahai Nabi, begitu juga rahmat dan berkahNya. Mudah-mudahan kesejahteraan dicurahkan atas kami dan keatas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang hak disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahwa Muhammad itu adalah hambaNya dan utusanNya.” [H/R Bukhari, Muslim, Abu Daud, dll.]

Namun, Tasyahud yang lazim kita baca ialah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abas, iaitu:-
التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكآتُهُ، السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهُ



MEMBACA SALAWAT NABI SETELAH TASYAHUD

Salawat yang paling sahih ialah seperti yang diriwayatkan oleh Ka'ab bin 'Ijrah, iaitu:-
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ إِنَّكَ حَمِيْدُ مَجِيْدٌ، اَللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ إِنَّكَ حَمِيْدُ مَجِيْدٌ
“Ya Allah, berilah rahmat kepada Muhammad dan keluarganya, sebagaimana Engkau telah memberikan rahmat kepada Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia. Dan berkatkanlah oleh Engkau (akan) Muhammad dan keluarganya, sebagaimana Engkau telah curahkan berkat kepada Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia.” [HR. Al-Bukhari dan Muslim.]


DOA SETELAH TASYAHUD AKHIR SEBELUM SALAM

Setelah selesai bersalawat, mohonlah perlindungan atau membaca Ta'awwuz ( أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الْرَّجِيْمِ ). Sebahagian Ahli Hadits mewajibkan kita membaca do'a selepas Tasyahud Akhir sebelum Salam (sebagaimana yang diperintah oleh Rasulullah) iaitu memohonkan perlindungan dari empat perkara, yakni dari azab kubur, azab neraka, fitnah (ujian) hidup dan mati, dan dari fitnah (ujian) Dajjal, seperti berikut:-

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ
“Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari siksaan kubur, siksa neraka Jahanam, fitnah kehidupan dan setelah mati, serta dari kejahatan fitnah Almasih Dajjal (perosak yang merosakkan segala kebajikan).” [HR. Al-Bukhari dan Muslim]

Setelah selesai memohon perlindungan dari empat perkara itu, kita dibolehkan membaca sesuatu doa yang kita hajati sendiri kerana doa dalam solat lebih diperkenankan oleh Allah daripada diluar solat.

Maka diantara doa-doa yang diucapkan oleh Rasulullah diakhir Tasyahud sebelum salam ialah:-

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ، وَمَا أَسْرَفْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّيْ. أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ
"Ya Allah! Ampunilah aku akan (dosaku) yang aku terdahulu dan yang aku kemudiankan, apa yang aku rahasiakan dan yang zahirkan, yang aku lakukan secara berlebihan, serta apa yang Engkau lebih mengetahui dari pada aku, Engkau yang mendahulukan dan mengkemudiankan, tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau." [HR. Muslim]

اَللَّهُمَّ أَعِنِّيْ عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
“Ya Allah! Berilah pertolongan kepadaku untuk menyebut namaMu, dan syukur kepadaMu dan ibadah yang baik untukMu.” [HR. Abu Dawud dan An-Nasai]

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu, agar dimasukkan ke Surga dan aku berlindung denganMu dari Neraka.” [HR. Abu Dawud dan Ibnu Majah]

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ ظَلَمْتُ نَفْسِيْ ظُلْمًا كَثِيْرًا، وَاِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ، فَاغْفِرْ لِيْ مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِيْ إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku telah menganiaya diriku dengan penganiayaan yang banyak, dan sesungguhnya tidak ada yang mampu mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau. Oleh itu, ampunilah dosa-dosaku dengan keampunan dari sisiMu, dan kasihanilah aku. Sesungguhnya Engkau, Engkaulah (Tuhan) Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [HR. Al-Bukhari dan Muslim]


Perhatian:
Setahu saya (setakat ilmu yang ada pada saya) tidak ada dijumpai mana-mana hadits yang menggalakkan berdoa secara berjemaah selepas solat, melainkan berdoa bersendirian seperti yang diamalkan oleh Rasulullah, para sahabat dan tabi'in. Bahkan berdoa bersendirian ini digalakkan pada bila-bila masa sahaja mengikut keperluan seseorang itu.


WAJIB MENGETAHUI APA YANG DIBACA DAN KHUSYUK (KEHADHIRAN HATI) DALAM SOLAT

Firman Allah Ta'ala dalam Surah طه Ayat 14 :
وَأَقِمِ الصَّلاَةَ لِذِكْرِي
Mafhumnya: Dirikanlah olehmu akan solat untuk mengingatkan aku.

Dengan dalil dan keterangan ini diperintahkan kita khusyuk dalam solat, kerana terINGAT itu berlawan dengan LALAI, dan orang yang lali menafikan khusyuk. Maka orang yang lalai disepanjang solatmya tentu tidak dapat dipandang bahawa ia menDIRIkan sembahyang kerana mengingat akan Allah.

Surah الأعراف Ayat 205 :
وَلاَ تَكُن مِّنَ الْغَافِلِينَ
Mafhumnya: Dan janganlah engkau termasuk dari golongan orang-orang yang lalai.

Surah محمد Ayat 24 :
أَفَلاَ يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا
Mafhumnya: Mengapakah mereka tidak memahamkan Al-Quran, apakah hati-hati mereka berkunci.

Juga terdapat beberapa Sabda Rasulullah (SAW) berkaitan hal ini yang bermaksud:

"Sekiranya khusyuk hati dan jiwa orang itu, tentulah khusyuk segala anggota-anggotanya."

"Hanya solat itu mesti dilakukan dengan tenang dan merendah diri."

"Tiap-tiap solat yang tidak hadhir hati didalamnya, maka orang yang bersolat itu lebih cepat memperoleh seksa."

"Seorang manusia mendapat pahala dari solatnya sekadar yang dapat ia fahamkan."

Maksud dari perintah-perintah ini semestinya hendaklah kita pastikan berlakuya khusyuk dan kehadhiran hati sepertimana yang dinyatakan dalam Firman Allah Ta'ala Surah النساء Ayat 42 :
وَلاَ جُنُبًا إِلاَّ عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىَ تَغْتَسِلُواْ
Mafhumnya: "dan janganlah kamu menghampiri (mengerjakan) solat sedang kamu dalam keadaan mabuk, kecuali kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu ucapkan."

Ayat ini menerangkan bahawa ditegah orang mabuk bersembahyang kerana mereka tidak mengetahui apa yang diucapkan. Tidak mengetahui apa yang diucapkan juga terdapat pada orang yang lalai, yang ingatan hatinya penuh dengan berbagai-bagai lintasan dan beranika rupa garisan.

Dikala membaca ayat-ayat Al-Quran dan dikala sembahyang hendaklah memahamkan bacaan-bacaan dan dzikir-dzikir yang dibaca, yakni dengan memerhatikan maknanya, kandungannya dan tujuan maksudnya.

Kita diperintahkan bersembahyang (bersolat 5 waktu sehari semalam) adalah untuk menghasilkan beberapa hikmat dan rahsia yang sangat perlu bagi kehidupan kita di alam dunia ini, diantaranya ialah:-
  1. Bagi mengingatkan kita kepada Allah.
  2. Bagi menghidupkan rasa takut kepadaNya.
  3. Membangkitkan rasa tunduk dan khusyuk kepadaNya.
  4. Menumbuhkan dalam lubuk jiwa rasa kebesaran dan ketinggian Allah.
  5. Mendidik kita menjadi orang yang tenang, orang yang dapat menghadapi segala kesusahan dan kesukaran dengan hati yang cekal.
  6. Menghilangkan sifat tamak dan haloba.
  7. Menegah dan mendinding manusia dari perbuatan keji, jahat dan mungkar seumpama tembok yang kokoh kuat antara yang bersembahyang itu dengan maksiat dan kederhakaan.

Monday, January 17, 2011

terjemahan dalam solat




Allah Maha Besar

(Takbiratulihram)



Doa Iftitah

Allah Maha Besar Dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. 

Maha suci Allah sepanjang pagi Dan petang. 
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit Dan bumi, 
Dengan suasana lurus Dan berserah diri Dan aku bukan dari golongan orang musyrik. 
Sesungguhnya solatku, 
Ibadatku, 
Hidupku, 
Matiku 
Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. 
Tidak Ada sekutu bagiNya Dan kepadaku diperintahkan untuk tidak 
Menyekutukan bagiNya Dan aku dari golongan orang Islam.







Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. 

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. 
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. 
Yang menguasai Hari pembalasan. 
Hanya Engkaulah yang kami sembah Dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. 
Tunjukilah kami jalan yang lurus. 
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai Dan bukan jalan mereka yang sesat.







Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia Dan dengan segala puji-pujiannya.





Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.





Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.





Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi Dan dengan segala puji-pujiannya.





Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku, 

Rahmatilah daku, 
Kayakan daku, 
Angkatlah darjatku, 
Rezekikan daku, 
Berilah aku hidayah, 
Sihatkanlah daku Dan 
Maafkanlah akan daku.







Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. 

Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta 
Keberkatannya. 
Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. 
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. 
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.







Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. 

Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta keberkatannya. 
Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. 
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. 
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad Dan ke atas keluarganya. 
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim. 
Berkatilah ke atas Muhammad Dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. 
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.







Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. 

Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. 
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. 
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. 
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. 
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. 
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. 
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. 
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. 
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. 
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. 
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.









"Wahai Tuhan, aku tak layak ke syurgaMu ...namun tak pula aku sanggup

ke NerakaMu.... kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya Allah 

jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua 
ibubapa kami .dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal 
dunia"

Friday, January 14, 2011

Keutamaan Memelihara Janggut


Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam sangat membenci orang yang mencukur janggutnya, sehingga pada suatu ketika dua orang utusan Raja Kisra datang menghadap Rasullullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam, sedangkan janggut mereka dicukur bersih dan kumis mereka panjang-panjang.
Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam tak memandang keduanya dan bersabda, "Celakalah kalian berdua, siapakah yang menyuruh kalian berbuat seperti ini?" Mereka menjawab "Tuhan kami Raja Kisra memerintahkan Kami" Kemudian Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, "Tetapi Tuhanku memerintahkanku agar menumbuhkan janggut dan menggunting kumisku."
(Bidayah wan-Nihayah jilid IV/269, Hayatus Shahabah jilid I/45)

"Memotong janggut ketika panjangnya kurang dari satu kepal menyerupai orang barat dan banci. Oleh kerana itu, tidak dibenarkan bagi siapapun untuk berbuat demikian, kerana mencukur bersih janggut adalah amalan Hindu dan Majusi dari Persia."
(Shami Tabigh hal. 418)

Dari Ibnu Abbas r.a. berkata bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, "Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."
(HR. Bukhari)

Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, "Sepuluh perkara adalah fitrah, diantaranya mencukur kumis dan menumbuhkan janggut"
(hadits shahih riwayat Muslim, jilid I hal. 129)

Di dalam kitab Hukmul Lihya Fil Islam yang dikutip dari Ibnu Hibban , terdapat hadits yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. yang menyebutkan: "Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda bahawa diantara fitrah Islam adalah mencukur kumis dan memanjangkan janggut kerana sesungguhnya orang-orang Majusi memanjangkan kumis mereka dan mencukur janggutnya. Maka berbezalah kalian dari mereka dengan cara mencukur kumismu dan memanjangkan janggutmu."

Dari Zaid bin Arqam r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, "Barangsiapa tidak memotong kumisnya, maka dia bukanlah dari golongan kami."
(HR. Ahmad, Tirmidzi, Nasa' - Misykat)

Imam Bukhari rah.a. menegaskan, apabila Ibnu Umar r.a. melakukan haji dan umrah, dia selalu memegang janggutnya dengan tangannya yang tergenggam, kemudian memotong janggut yang melebihinya.

Dalam kitab Abu Dawud diberitakan:
Dari Jabir r.a. berkata, "Kami pernah membiarkan janggut-janggut kami memanjang dan melebar, kecuali ketika musim haji atau umrah."

Dari Ibnu Umar r.a. Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, "Guntinglah kumismu dan panjangkanlah janggutmu." Dalam riwayat lain, sesungguhnya Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam memerintahkan kami menggunting kumis dan memanjangkan janggut.

Dari Ibnu Umar r.a. berkata bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, "Tentanglah orang-orang musyrik dengan memanjangkan janggutmu dan menggunting kumismu."
(muttafaq alaih - Misykat hal. 380)

Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, "Guntinglah kumismu dan tumbuhkanlah janggutmu, kerana dengan demikian kamu menentang kaum majusi (penyembah api)."
(Shahih Muslim hal. 129)

Sunday, January 2, 2011

khutbah terakhir Rasulullah

Pesanan terakhir Rasulullah (Isi khutbah terakhir Rasulullah)

Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."